Friday, December 9, 2016

Tips 3 : Sebutan dan Lontaran Suara

  • Sebutan terhasil menerusi koordinasi bibir, mulut, lidah dan rahang.
  • Awasi ejaan perkataan kerana sebutan akan dipengaruhi oleh ejaan.
  • Waspada dengan kata nama individu, institusi dan lain-lain.
  • Latihan sebutan perlu dilakukan berulang-ulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Praktikkan latihan sebutan menggunakan ayat-ayat yang direka khusus untuk membiasakan lidah menuturkan sesuatu perkataan.
  • Tingkatkan kosa kata dengan membaca, mendengar dan berbual.
  • Setiap orang dikurniakan suara yang unik dan boleh dilatih untuk menghasilkan alunan yang enak didengar.
  • Yang sedap bukannya suara seseorang itu, tetapi bagaimana seseorang itu mengalunkan suaranya.
  • Dalam aspek lontaran suara, kawal takap kejelasan suara, nada, jeda, tempo sebutan dan kepelbagaian vokal.
  • Jadikan lagu-lagu asli sebagai alat untuk latihan vokal kerana nyanyian lagu asli memerlukan kemahiran tinggi yang melibatkan teknik artikulasi.

Sumber : 10 Tips Mudah Berucap Di Khalayak Ramai / Mohamad Azrin Bin Hassan
                / Asa Mesra Printer