Thursday, August 22, 2013

KATAKAN TIDAK : kepada buah sawit muda

PENUAIAN BUAH SAWIT MUDA ADALAH SUATU PEMBAZIRAN
  • hasil eksport minyak sawit pada tahun 2010 berjumlah RM59,792.5 billion.
  • untuk bersaing di peringkat global industri sawit Malaysia harus mengurangkan kos pengeluaran dan mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti industri.
  • industri sawit berupaya menyumbang sejumlah RM178 billion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang tahun 2020 berbanding RM52.7 billion pada tahun 2009.
  • kerajaan berusaha untuk meningkatkan kadar peratus OER dari 21% kepada 23% menjelang tahun 2020.
  • pemprosesan buah sawit muda di kilang dikenal-pasti sebagai antara punca kejatuhan kadar perahan minyak dan menyebabkan industri sawit Malaysia kerugian antara RM250 - RM300 juta setahun.
Slogan "Katakan Tidak Kepada Buah Sawit Muda" harus dijadikan amalan di peringkat para pekebun kecil, estet, peniaga buah malah juga di kilang buah sawit.


Sumber - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 

No comments: