Tuesday, July 24, 2012

Segalanya mudah !

".....kita akan mengakui betapa mudah dan selesanya menjadi orang Islam di Malaysia. Boleh kata segala-galanya mudah, tersedia dan disediakan - masjid dan surau di merata tempat, waktu sembahyang dihebahkan melalui azan dan kedudukan Islam dijamin. Tetapi, janganlah kerana segala-galanya mudah di negara kita, kita memandang remeh kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam yang saling kait-mengait. Jangan ingat apa yang orang Melayu dan orang Islam nikmati di Malaysia hari ini akan kekal selama-lamanya dan tidak boleh diganggu-gugat. Lihatlah bagaimana orang Islam Palestin hilang negara dan hilang kuasa di Baitul Muqaddis kepada Zionis akibat kelemahan mereka sendiri dan tipu-helah Barat. Wallahualam." - A Kadir Jasin.

No comments: