Friday, December 24, 2010

RESUME - MUHAMMAD BIN ABDULLAH

# Muhammad bin Abdullah is Prophet Muhammad s.a.w.



"Ikutan Sepanjang Zaman"



NAMA : Muhammad bin Abdullah

TARIKH & TEMPAT LAHIR : 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (570M)

TARIKH WAFAT : 12 Rabiul Awal 11H (632M)

BANGSA : Quraisy, Arab

AGAMA : Islam

JANTINA : Lelaki

NAMA AYAH : Abdullah bin Abdul Mutallib

NAMA IBU : Siti Aminah bin Wahab

KETURUNAN AYAH & IBU : Keturunan Qusai bin Kilab

NAMA ISTERI : Khadijah Khuwailid, Aisyah binti Abu Bakar

NAMA ANAK : Qasim, Abdullah, Zainab, Ummu Khalthum, Fatimah Az-Zahra

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN UMUM :
  • Seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis.
  • Menerima pendidikan secara tidak formal seperti bertutur dengan Bahasa Arab tulen dan hidup berdikari sewaktu dihantar ke luar bandar untuk disusui oleh Halimatussa'diah daripada Kaum Saad sehingga berumur 2 tahun.
  • Mempelajari kemahiran usahawan dan berdagang secara tidak formal daripada pak cik saudaranya, Abu Talib daripada umur 8 hingga 21 tahun.
  • Menerima tunjuk ajar secara formal daripada Jibril di Gua Hirak semasa berusia 40 tahun dan sepanjang kehidupannya sebagai Nabi.
PENGALAMAN KERJA :
  • 8 - 12 Tahun : Menggembala kambing.
  • 12 Tahun : Mengikuti perdagangan ke Negeri Syam mengikuti rombongan Pak Cik Saudaranya, Abu Talib.
  • 25 Tahun : Menjadi Pengurus perdagangan Siti Khadijah ke Negeri Syam.
  • 40 - 63 Tahun : Dilantik sebagai Rasul terakhir yang diamanahkan untuk menyampaikan Risalah Islam oleh Allah.
PENDIDIKAN KHUSUS
  • Menerima pendidikan terus daripada Allah dan dididik dengan sebaik-baik didikan.
  • Menerima wahyu secara langsung ataupun melalui perantaraan Malaikat Jibril.
BAHASA PENGANTARA :
  • Bahasa Arab (oleh itu Al-Quran disampaikan menggunakan lisan Arab).
PERIBADI & KARAKTER UMUM :
  • Jujur dan amanah ketika berniaga (Al-Amin).
  • Bertaqwa dan ikhlas dalam kerja.
  • Berani, adil dan bertanggungjawab.
  • Menjadi penyelamat aqidah dan rahmad ke seluruh alam.
  • Memuliakan kaum wanita.
  • Proaktif dalam menganjurkan perdamaian.
  • Tidak bersifat negatif kepada manusia dan persekitaran.
  • Bersabar kepada pelbagai tekanan dan sanggup bekerja lebih masa untuk dakwah.
  • Cerdik dan bijaksana dalam setiap tindakan dan membuat keputusan.
  • Menghormati jiran, mengasihi kanak-kanak dan menyayangi umat.
JAWATAN YANG DIAMANAHKAN :
  • Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Esa untuk menyampaikan Islam.
  • Pemerintah Khalifah Islamiah yang pertama setelah pembukaan Kota Mekah dan perluasan pengaruh Islam ke seluruh Tanah Arab dan sekelilingnya.
  • Jeneral Perang ketika Perang Badar, Hunain, Tabuk, Ahzab dan sebagainya.
  • Pemerintah Madinah yang telah diasaskan berdasarkan Piagam Madinah selepas peristiwa Hijrah.
  • Imam kepada jemaah solat di masjid.
  • Menjadi tempat rujuk tentang hukum dan Syariat Islam.
  • Pengendali institusi wakaf dan wakaf untuk umat Islam.
  • Ahli perniagaan yang dipercayai antaranya ketika dilantik sebagai pengurus perdagangan bagi pihak Siti Khadijah Khuwailid.


Sumber - Peribadi Bisnes Muhammad bin Abdullah / Mohamed Sulaiman Ph.D. & Aizuddinur Zakaria / PTS.

No comments: